Assalaamu'alaikum wrt. wbt.
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum.
Dengan nama Allah s.w.t. ana mulakan langkah pertama ini dengan harapan Allah s.w.t. merahmatinya dan semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada empunyanya dan sesiapa yang sempat singgah dan melihat-lihat apa yang ada, sempat luangkan masa membaca apa yang ditulis dan apa yang tertera.
Satu-satunya bahasa... ye itulah bahasanya... Bahasa Arab. Kalam Allah turun dengannya, Hadis Rasuulullah s.a.w. ditutur dan diriwayatkan dengannya, rujukan-rujukan asal dan utama dinukil dengannya, dan, ahli Syurga bertutur dengannya. Beruntunglah mereka yang mempelajari dan berusaha memahaminya kerana di situlah bermulanya perjalanan memahami perlembagaan umat Islam dan seterusnya melandasinya dalam setiap lintasan hati, tutur bicara dan "kerja buat".
Jumpa lagi Insya Allah.
Ummu Qaf.